Kami mengalu-alukan anda untuk menyertai kami!
- Daftar menjadi ahli secara atas talian https://sukarelawan.yadim.com.my ATAU
menghadiri program-program Sukarelawan YADIM
Hubungi kami di melalui email sukarelawan@yadim.com.my atau di no talian 03-88703870 Faks : 03-88703871
- Berumur 18 tahun keatas
- Sihat tubuh badan
- Tiada rekod jenayah
Yuran keahlian adalah percuma dan tempoh pendaftaran Sukarelawan YADIM adalah seumur hidup dari tarikh pendaftaran selagi pihak pengurusan tertinggi YADIM tidak membatalkan atau memecat keahliannya.
Ya, bagi ahli yang baharu mendaftar, kami mengalu-alukan anda ke Latihan Asas Khidmat Bakti Kesukarelawan yang akan diiklankan secara bersiri mengikut zon. Sila layari laman maya Sukarelawan YADIM untuk mengetahui info program lebih lanjut.
Kebajikan ahli sukarelawan adalah menjadi keutamaan kami jika sukarelawan tersebut sedang menyertai aktiviti atau program yang di selaraskan oleh Sakretariat Sukarelawan YADIM.
Sukarelawan berpeluang mendapatkan pengalaman menjalankan aktiviti di lapangan.